pikor's FotoPage - Gambar suka suka oleh pikorcute - Fotopages.com
Hari Raya Aidilfitri : Malam Raya dan Pergi Beraya
<description>Bila Hari Raya Aidilfitri, yang paling ditunggu-tunggu ialah malam raya dan hari raya yang pertama. Malam raya tu lah adik beradik dan anak-anak saudara berkumpul memeriahkan suasana. Sambil tunggu rendang dan ayam masak merah mak dan kakak-kakak masak, yang lelaki akan (especially budak budak, orang tua pon ada.. hehe) main mercun dan bunga api. Syok woo...
Malam raya jugak ada majlis takbir beramai-ramai jemaah masjid dari rumah ke rumah. Rumah aku biasanya rumah last, so juadah dihidangkan simple-simple jer memandangkan semua jemaah dah kenyang.
Bila tiba raya pertama, lepas solat raya aidilfitri, kami adik beradik dengan keluarga masing-masing pergi ziarah ke setiap rumah pakcik dan makcik (seluruh keluarga ayah dan mak duduk sekampung). Hmm... seronoknya. Raya kedua, dah kena balik... seronok beraya di KL pulak.
Tapi berbeza rasa suasana di kampung tradisional dengan di bandar.</description>
Hari Raya Aidilfitri, Merah Sedondon Konsep Tahun Ini
<description>Ini adalah koleksi gambar saya anak beranak semasa hari pertama sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Kami sekeluarga beraya di kampung di Kota Tinggi, Johor.
Ada banyak gambar yang diambil sepanjang di kampung, saya sudah asingkan mengikut kategori, tak lah pening kepala nengok banyak sangat gambar sekaligus.
Dengan ini, saya seisi keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua rakan-rakan dan pengunjung fotopages ini. Nak hantar kad raya tak sempat lah.</description>
Majlis Berbuka Puasa Department
<description>Gambar-gambar semasa berbuka puasa di Hotel Singgahsana, PJ. Makanan dia boleh tahan sedap, cuma terlalu ramai orang dalam satu satu masa dan makanan di dewan utama sahaja yang di tambah. Tapi, boleh laaa... dari luar hotel nih tak macam hotel... macam bangunan kerajaan je. Haha...</description>
Amir Darwish : 7 bulan
<description>Koleksi sempena 7 bulan Amir Darwish. Macam macam dah pandai, lasak pon ye jugak. Letih nak mengejarnya. Merangkak dah laju, pantang ada objek tinggi kat tepi dia, mesti nak meniti dan memanjat. :) </description>
Marhaban di ASTRO : Yeay, aku menang
<description>Koleksi gambar gambar gelap ni aku amik sempena majlis berbuka puasa di majlis Marhaban di ASTRO yang di adakan di The Saujana, Saujana Resort, Subang. Aku berjaya memenangi jemputan dari peraduan yang dianjurkan ASTRO. Tak sangka menang, sebab aku masuk suka suka dan slogan aku pon ntah ape ape... hahaha. Err... maybe aku menang sebab pilihan artis aku tu orang lain tak pilih kot... kecuali Mat Jan... hehehe (dengar citer ko pon masuk peraduan nih gak ek!).
Aku rasa cam nak kena beli D-SLR tak pon Super-Zoom cam Lumix ker, baru pueh hati skit kot nak amik gambar indoor ni. Compact camera aku cam tak memberi kepuasan mengambil gambar indoor.
Aku duduk semeja dengan geng kumpulan nasyid Firdaus, diorang pon Geng Jurnal. Eezzs dan Idzwan, dan Midi dan sorang lagi ahli baru. Lama tak jumpa diorang, sejak raya 2 tahun lepas rasanya masa aku konvoi dengan nett denga nora ke rumah Idzwan di Batu Pahat. Idzwan nampak aku terus tanya Ludi mana..? Nett mana..? Agaknya dia lupa aku dah kahwin rasanya.
Adik adik ipar aku (aku bawak diorang) cukup tensen tak dapat jumpa dan bergambar dengan Mawi, kena kawal mengalahkan Anuar Zain... pakcik bouncer tuh kawal gila keliling mawi. So gambar Mawi dari jauh aje la... 
All right, jom nengok koleksi gambar kabur dan gelap aku. :) </description>
Amir Darwish : 6 Bulan - Lawatan Sambil Belajar di KL Aquaria
<description>Assalamualaikum,
Tup tup gambar Darwish dah terus ke 6 bulan.. hehehe.. malas sikit la nak update di samping bebanan kerja yang banyak.
KL Aquaria yang ditunggu-tunggu dah dibuka. Korang dah pegi ke..? memang menarik sebab tiada yang macam nih lagi di Malaysia, kecuali Langkawi la, tapi tak besh yang Langkawi Underwater World. Ini lebih menggemparkan.
Untuk lebih info, sila pergi ke http://www.klaquaria.com
Aku berkesempatan pergi masa promosi Hari Merdeka, cuma RM 20. Hari biasa dalam RM 30 lebih atau nak murah sikit sila tayangkan MyKad anda.
All right, sebelum pegi aquaria, enjoy these pictures. Gambar banyak gelap sikit dan agak kabur... tak sempat la nak setting kamera, pastu bateri pon dah nak habih. Bantai aje snap jugak. 
Amir Darwish : 3 Bulan
<description>Koleksi gambar Amir Darwish dalam usianya 3 bulan. Dia suka menggigit apa saja objek yang dicapainya, kalau takde objek dia akan gigit tangan sendiri. Di pertengahan bulan 4, dia pandai meniarap sendiri. :)</description>
Mari beli beli... Murah Murah dari Tim Poh Kong
<description>Tak tau sebenarnya nak letak gambar apa untuk update myFP ni. Saya letak aje la gambar ni yang saya tangkap untuk promosi jualan barangan kemas oleh kak Tim di opis saya.
Ada sesapa berminat ke..? Antara ciri menariknya, boleh di bayar 3 kali, emas adalah tulen, batu juga tulen, harga dikatakan lebih murah dari kedai barangan kemas yang lain. Hehe.. saje je.. kot sape sape teringin menambahkan koleksi barangan kemas.
Saya bukan la nak menjual sebenarnya, saya tangkap gambar atas permintaan peniaga. Saya fikir fikir ok juga sebab tak pernah lagi tangkap gambar barang perhiasan dengan teknik macro. So, inilah hasilnya. Letak atas tisu komot dengan atas fail aje.. hahaha...
Sekejap Ada Rambut! Sekejap Takde!
<description>Saya lebih suka Darwish versi rambut lebat ala the Beattles, nampak lebih comel dan lebih hensem (macam ayah dia jugak).
Tapi cukur tetap kena cukur jugak, nampaknya kena tunggu ler setahun untuk lebat balik rambut dia. Sekarang lepas cukur nampak comel, nanti rambut dah lebat baru hensem! </description>
Amir Darwish : 2 bulan
<description>Dah dua bulan dah ? Sekejap aje rasanya. 
Semoga Darwish terus membesar dan menjadi anak yang rajin, bijak, beriman, berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Sayang anak ayah, muaaaahhh !! Sayang gak kat ibu Darwish... hehehe!</description>