Want your
own Fotopage?











 
pikor's FotoPage
Gambar suka suka oleh pikorcute
By: pikor cute

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Friday, 11-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Hari Raya Aidilfitri : Malam Raya dan Pergi Beraya

Kaum kerabat Ultraman yang baru dijumpai di Malaysia
Suasana beraya di kampung... seronoknya lain dengan di bandar
Bila dah kenyang, bersandar dulu kat dinding
Darwish dikelilingi sepupu-sepupu
Jom gi rumah long Ali plak... lalu hutan tuh beb!
Tak sampai-sampai lagi... hehe.. sebenarnya dekat aje..
Dah abis beraya... jom balik ultraman ultraman sekalian
Ini adalah makanan tradisi masyarakat bugis... nama dia BERASAK
Ini korang kenal tak..? ada tak kenal meh aku sekeh kepala tuh..
View all 21 photos...
Bila Hari Raya Aidilfitri, yang paling ditunggu-tunggu ialah malam raya dan hari raya yang pertama. Malam raya tu lah adik beradik dan anak-anak saudara berkumpul memeriahkan suasana. Sambil tunggu rendang dan ayam masak merah mak dan kakak-kakak masak, yang lelaki akan (especially budak budak, orang tua pon ada.. hehe) main mercun dan bunga api. Syok woo...



Malam raya jugak ada majlis takbir beramai-ramai jemaah masjid dari rumah ke rumah. Rumah aku biasanya rumah last, so juadah dihidangkan simple-simple jer memandangkan semua jemaah dah kenyang.



Bila tiba raya pertama, lepas solat raya aidilfitri, kami adik beradik dengan keluarga masing-masing pergi ziarah ke setiap rumah pakcik dan makcik (seluruh keluarga ayah dan mak duduk sekampung). Hmm... seronoknya. Raya kedua, dah kena balik... seronok beraya di KL pulak.

Tapi berbeza rasa suasana di kampung tradisional dengan di bandar.

aii...mane pic darwisy pakai topi tbalik nih..? Sun 14-Jan-2007 06:15
Posted by:mama Harith DarwisY : farah  - [Link]
ucop, ni gambo raya 2 tahun lepas laaa...
bila nak update ni?
ke ada tempat lain ko update???
Fri 9-Nov-2007 11:03
Posted by:fajar fajaril@yahoo.com  - [Link]
:: memang seronok beraya balik kampung
:: berjumpa plak dengan sanak sedara..
:: adik-beradik berkumpul beramai-ramai
:: mesti banyak yang diceritakan..kan..kan
Fri 9-Nov-2007 11:12
Posted by:azryshah@FMDC azryshah1957@gmail.com  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Thursday, 10-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Hari Raya Aidilfitri, Merah Sedondon Konsep Tahun Ini

Darwish dengan ibu... seronoknya first time raya!
Ambil gambar sendiri, Darwish nampak mata jer
Lagi sekali...kira oklah.. nak cepat turun salam atuk dan nenek
Saya kat rumah tok Anjang... yayak habis seluar kena yayik
Seluar dah basuh skit skit... jom pegi rumah tok Long pulak
Waaa..! Best la rumah tok Long... nampak laut
View all 12 photos...
Ini adalah koleksi gambar saya anak beranak semasa hari pertama sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Kami sekeluarga beraya di kampung di Kota Tinggi, Johor.



Ada banyak gambar yang diambil sepanjang di kampung, saya sudah asingkan mengikut kategori, tak lah pening kepala nengok banyak sangat gambar sekaligus.



Dengan ini, saya seisi keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua rakan-rakan dan pengunjung fotopages ini. Nak hantar kad raya tak sempat lah.

hepi eid mubarak... Wed 16-Nov-2005 18:59
Posted by:rasso  - [Link]
waaahhh!!! darwish dah besar dah...
banyak dapat duit raya??
Thu 17-Nov-2005 07:17
Posted by:kak maya  - [Link]
naqia : kalau takde aral saya datang .. nasi warna warni yerr....jangan lupa... hehe

mama hiro : insyaAllah saya emelkan awak nanti... belum download pon dari kamera... busy skit ler makcik...

rasso : selamat hari raya gaks...

kak maya : selamat hari raya kak maya and abang saher... darwish dapat duit raya... boleh la beli beskal baru...
Thu 17-Nov-2005 09:55
Posted by:pikor
View all 6 comments Add comment


Saturday, 22-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis Berbuka Puasa Department

 
 
 
View all 36 photos...
Gambar-gambar semasa berbuka puasa di Hotel Singgahsana, PJ. Makanan dia boleh tahan sedap, cuma terlalu ramai orang dalam satu satu masa dan makanan di dewan utama sahaja yang di tambah. Tapi, boleh laaa... dari luar hotel nih tak macam hotel... macam bangunan kerajaan je. Haha...

wah... kalu letak komentar lagik kelakar...RM48 berbaloi sebab dapat bergambar ngan rabani pastu dapat kad raya... Mon 24-Oct-2005 08:03
Posted by:Liez
Tiada kata seindah zikir, tiada ibadah seindah puasa, tiada hari seindah Jumaat, tiada bulan seindah Ramadhan.
Mohon maaf untuk kata yang terlanjur, janji yang terabai, hati yang berprasangka dan semua sikap yang menyakitkan.
EID MUBARAK 2005
Mon 31-Oct-2005 17:31
Posted by:tu7ohbelas  - [Link]
selamat hari raya, maaf zahir dan batin
jemputla datang beraya kat umah kitorang bila-bila masa ekk
Thu 10-Nov-2005 05:03
Posted by:mama Hiro  - [Link]
Add comment


Wednesday, 19-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Amir Darwish : 7 bulan

Saya dah pandai mengemas !
... dan memanjat
... dan juga berdiri (dengan bantuan objek)
View all 20 photos...
Koleksi sempena 7 bulan Amir Darwish. Macam macam dah pandai, lasak pon ye jugak. Letih nak mengejarnya. Merangkak dah laju, pantang ada objek tinggi kat tepi dia, mesti nak meniti dan memanjat.

wahh dah besardah dia ..hehehee
nanti jgn lupa buat open house raya ekk .. hiro nak dtg kutip duit raya ni .. ehehehhe
Thu 20-Oct-2005 07:44
Posted by:mama Hiro  - [Link]
hai Darwishh~
hehehhehe
nanti bila dah buat open house jgn luper ajak kami tau
Fri 21-Oct-2005 00:57
Posted by:mama Hiro  - [Link]
bila nak ajak saya dtg rumah ni? anak dah besar ye,bila lagi nak tambah yg nombor 2 lak? Thu 27-Oct-2005 05:35
Posted by:siti naqia fniq@yahoo.com
Add comment


Tuesday, 18-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Marhaban di ASTRO : Yeay, aku menang

Korang bole main teka artis, mana satu Mawi, mana Eezzs.. hehe
Lagi satu gambar kabur, korang tau tak mana satu Mawi? 5 markah
Yazer, Rock steady dengan adik-adik ipar ku
View all 31 photos...
Koleksi gambar gambar gelap ni aku amik sempena majlis berbuka puasa di majlis Marhaban di ASTRO yang di adakan di The Saujana, Saujana Resort, Subang. Aku berjaya memenangi jemputan dari peraduan yang dianjurkan ASTRO. Tak sangka menang, sebab aku masuk suka suka dan slogan aku pon ntah ape ape... hahaha. Err... maybe aku menang sebab pilihan artis aku tu orang lain tak pilih kot... kecuali Mat Jan... hehehe (dengar citer ko pon masuk peraduan nih gak ek!).

Aku rasa cam nak kena beli D-SLR tak pon Super-Zoom cam Lumix ker, baru pueh hati skit kot nak amik gambar indoor ni. Compact camera aku cam tak memberi kepuasan mengambil gambar indoor.

Aku duduk semeja dengan geng kumpulan nasyid Firdaus, diorang pon Geng Jurnal. Eezzs dan Idzwan, dan Midi dan sorang lagi ahli baru. Lama tak jumpa diorang, sejak raya 2 tahun lepas rasanya masa aku konvoi dengan nett denga nora ke rumah Idzwan di Batu Pahat. Idzwan nampak aku terus tanya Ludi mana..? Nett mana..? Agaknya dia lupa aku dah kahwin rasanya.

Adik adik ipar aku (aku bawak diorang) cukup tensen tak dapat jumpa dan bergambar dengan Mawi, kena kawal mengalahkan Anuar Zain... pakcik bouncer tuh kawal gila keliling mawi. So gambar Mawi dari jauh aje la...

All right, jom nengok koleksi gambar kabur dan gelap aku.

hepi belated besday.
ucapan : bila mau tambah lagi?
Tue 18-Oct-2005 23:57
Posted by:kayusakti  - [Link]
tambah ape nih..? nasik..? kuih raya..? sirap..? rendang..? Wed 19-Oct-2005 04:16
Posted by:pikor
waaaaaa lagi ramaiiii tuuu artis AF kau bergambar
jeles jelsssss hehehe

peta ke al'amo cafe tu aku tak ada
tapi kalau kau kat kampung baru tu, kau ikut jalan besar dia
yang lalu masjid(masjid sebelah kiri) lepas tu lalu pintu gerbang nak ke nasi lemak antarabangsa (gerbang sebelah kiri), jgn masuk kat pintu gerbang tu - kau terus je (jgn terlajak sampai bangunan DBKL), lepas je pintu gerbang yg kat kiri tu, kau tengok sebelah kanan ada lorong kecik - jalan dewan sultan sulaiman, masuk kanan - kau terus je sampai nampak kelab sultan sulaiman. kau akan nampak banner al'amo cafe tu. hari biasa tak ramai tapi kalau sabtu-ahad memang ramai...
book dulu lah senang.
Thu 20-Oct-2005 04:39
Posted by:Op  - [Link]
Add comment


Tuesday, 30-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Amir Darwish : 6 Bulan - Lawatan Sambil Belajar di KL Aquaria

Ibu dan Darwish selepas pintu masuk, dinding yang bertukar warna
Konsep yang menarik, ikan di dalam tong...
Anakku celik IT, baby lagi dah di ajar berchatting.. haha
View all 12 photos...
Assalamualaikum,

Tup tup gambar Darwish dah terus ke 6 bulan.. hehehe.. malas sikit la nak update di samping bebanan kerja yang banyak.

KL Aquaria yang ditunggu-tunggu dah dibuka. Korang dah pegi ke..? memang menarik sebab tiada yang macam nih lagi di Malaysia, kecuali Langkawi la, tapi tak besh yang Langkawi Underwater World. Ini lebih menggemparkan.

Untuk lebih info, sila pergi ke http://www.klaquaria.com

Aku berkesempatan pergi masa promosi Hari Merdeka, cuma RM 20. Hari biasa dalam RM 30 lebih atau nak murah sikit sila tayangkan MyKad anda.

All right, sebelum pegi aquaria, enjoy these pictures. Gambar banyak gelap sikit dan agak kabur... tak sempat la nak setting kamera, pastu bateri pon dah nak habih. Bantai aje snap jugak.

knizam,

kalau hang tunjukkan MyKad, harganya RM 28. Untuk lebih info, bole masuk ke website kl aquaria... website dia pon cun dan menarik dan cantik....

enjoy... nengok ikan..
Mon 5-Sep-2005 03:10
Posted by:pikor  - [Link]
amboi...amboi...kesian Darwish, kecik2 dah kena dera blaja IT...chatting lak tu...ko baik2 sop... (ooooooooo..KLAquaria...akan ku jelajah ko lepas bersalin kelak...bawak hubby, faris dan firdaus, insya-allah) Tue 6-Sep-2005 03:01
Posted by:kak norsuzana norsuzana@terasworld.com  - [Link]
waaaaaaaaa update gak kau ek pikor hehehe. best tuuuu dah pi akuaria. nak kena pi gak la camni. Fri 9-Sep-2005 11:43
Posted by:Op  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Wednesday, 25-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Amir Darwish : 3 Bulan

Koleksi gigit 1 : bantal peluk saya
Koleksi gigit 2 : tangan saya
Koleksi gigit 3 : mainan saya
View all 17 photos...
Koleksi gambar Amir Darwish dalam usianya 3 bulan. Dia suka menggigit apa saja objek yang dicapainya, kalau takde objek dia akan gigit tangan sendiri. Di pertengahan bulan 4, dia pandai meniarap sendiri.

Care to comment?


Tuesday, 24-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Mari beli beli... Murah Murah dari Tim Poh Kong

Gelang dengan batu berwarna warni, antara menjadi rebutan
Dengan batu biru
Gelang berbatu hitam berkilat
View all 7 photos...
Tak tau sebenarnya nak letak gambar apa untuk update myFP ni. Saya letak aje la gambar ni yang saya tangkap untuk promosi jualan barangan kemas oleh kak Tim di opis saya.

Ada sesapa berminat ke..? Antara ciri menariknya, boleh di bayar 3 kali, emas adalah tulen, batu juga tulen, harga dikatakan lebih murah dari kedai barangan kemas yang lain. Hehe.. saje je.. kot sape sape teringin menambahkan koleksi barangan kemas.

Saya bukan la nak menjual sebenarnya, saya tangkap gambar atas permintaan peniaga. Saya fikir fikir ok juga sebab tak pernah lagi tangkap gambar barang perhiasan dengan teknik macro. So, inilah hasilnya. Letak atas tisu komot dengan atas fail aje.. hahaha...


agent ek..hehehhe Tue 9-Aug-2005 08:20
Posted by:afairuzsan  - [Link]
ori ke nih Sun 14-Aug-2005 09:35
Posted by:KNizam  - [Link]
hehe lama tak apdet pikor? Thu 25-Aug-2005 06:03
Posted by:Op  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Saturday, 30-Apr-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Sekejap Ada Rambut! Sekejap Takde!

Separa botak!
Rasa cam seram + tak sampai hati nak cukur rambut dia
So, gunting je dulu, nanti-nantilah kot kot opah dia nak cukur
View all 12 photos...
Saya lebih suka Darwish versi rambut lebat ala the Beattles, nampak lebih comel dan lebih hensem (macam ayah dia jugak).

Tapi cukur tetap kena cukur jugak, nampaknya kena tunggu ler setahun untuk lebat balik rambut dia. Sekarang lepas cukur nampak comel, nanti rambut dah lebat baru hensem!

darwish hensem.. ikut mak dia. kalo ayah dia tak hensem langsung.. ekekeke.. jgn marah la pikor. awak tak ensem.. awak kan cute.. Fri 10-Jun-2005 05:38
Posted by:Amyz  - [Link]
okey aaa tu pikor....sekarang ni memang trend rambut pendek2 ni..ala2 mawi gitu..hahahaha.. Fri 15-Jul-2005 03:21
Posted by:effa
ucop bestnyer tengok darwish... bulat dan tembam!! dah besar yer... tengah tunggu gambar terbaru darwish Thu 4-Aug-2005 10:28
Posted by:fad  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Monday, 25-Apr-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Amir Darwish : 2 bulan

Darwish dengan ibu di taman KLCC
Sama tak muka kitorang
"Timang tinggi tinggi... sampai KLCC"
View all 5 photos...
Dah dua bulan dah ? Sekejap aje rasanya.

Semoga Darwish terus membesar dan menjadi anak yang rajin, bijak, beriman, berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Sayang anak ayah, muaaaahhh !! Sayang gak kat ibu Darwish... hehehe!

"Timang tinggi tinggi... sampai KLCC; bila besar nanti, balajo sampai PhD " Fri 20-May-2005 13:24
Posted by:~papa~  - [Link]
Ucop.. kenal lagi tak? All the best bro!!! Wed 1-Jun-2005 04:38
Posted by:Khaironi  - [Link]
comelnya...amir...! Mon 6-Jun-2005 04:34
Posted by:nikiysa  - [Link]
View all 4 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
;

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.